Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).

Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

Sejarah Raleigh

Basikal Tua yang menonjolkan brek hab dalaman di belakang, sarung rantai dan madgad, lampu berkuasa dinamo serta pemegang

Basikal gunung moden ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan/belakang dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal

Kegunaan

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, umpamanya sebagai:

  • Mainan kanak-kanak
  • Rekreasi dan kesihatan dewasa
  • Pengangkutan harian
  • Sukan lumba basikal
  • Pelancongan basikal
  • Bahan asas untuk gimnasium statik atau versi perkakas kesihatan rumah.

Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal ketika dahulu telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya dunia.

+Zoom

SELAMAT DATANG KE BLOG KEDAI BASIKAL DALAM TALIAN
Assalammualaikum Semua, Helo Malaysia! Helo Dunia!

Posted on February 9, 2013, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Comments Off on .

Comments are closed.